Resepi Ayam Masak Kicap Paling Sempoi Untuk Masak di Rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera akak ucapkan kepada semua yang sudi bertandang di post kali ini. Mesti ramai yang ada dekat sini semuanya tengah buntu untuk fikirkan menu untuk dihidangkan nanti, kan?

Tak payah risau, sebab hari ini akak memang nak share serba sedikit tentang resepi ayam masak kicap yang kami baru sahaja cuba sekeluarga beberapa hari yang lepas. Walaupun akak berkejar-kejar dan runsing selepas seharian bekerja, tak sangka kami masih boleh menjamah hidangan yang mudah, sempoi, tapi dengan kelazatan tak terhingga.

Paling best sekali bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini memang sentiasa ada di dapur. Jadi kalau anda semua tak nak pening kepala pergi ke kedai untuk membeli barang, akak jamin resepi ini pasti dapat dimasak dengan pantas di rumah anda semua.

Sebelum itu, akak mahu share serba sedikit mengapa resipi ini menjadi pilihan kami sekeluarga pada tempoh hari.

Maggi MY

Lauk Ayam Favourite Keluarga

Kami sekeluarga memang sukakan ayam. Akak pula suka bila keluarga minta ayam, sebab harganya tak semahal benda yang lain, macam sotong, udang, ataupun daging. Nak cari ayam pun senang sebab tak perlu ke pasar besar nak dapat seekor yang segar untuk dimasak.

Untuk anda yang ada anak-anak kecil, tentu anda setuju bahawa ayam ini sesuai dihidang untuk mereka. Kalau kita hidang lauk seperti ikan goreng, mereka mungkin sahaja berisiko tercekik tulang ikan. Anda pula yang kena carik dan asingkan isi ikan untuk mereka makan dengan nasi. Sebab tu ayam lebih sesuai, sebab daging ayam ada lebih banyak isi untuk mereka makan.

Nak potong ayam juga tak mengambil masa yang lama. Kalau makanan laut macam udang, banyak pula masa diperlukan untuk kita buat penyediaan sebelum memasak. Jadi akak pun terbiasa hidang lauk ayam untuk keluarga dalam pelbagai jenis resipi, sama ada sup, gulai, sambal, dan macam-macam lagi.

Resepi Ayam Masak Kicap Yang Sesuai Untuk Semua

Tapi bila nak pilih menu ayam yang sesuai pula, banyak perkara yang akak kena fikirkan, terutamanya untuk memenuhi citarasa anak-anak kecil yang agak cerewet. Sambal ayam terlalu pedas pulak untuk mereka, lagi-lagi warna merah cili tu memang suka buat budak-budak takut.

Untuk gulai atau rendang ayam pulak, kita perlu masa yang agak lama kalau nak reneh ayam tu sampai jadi empuk. Hidangan seperti ayam goreng kunyit atau ayam goreng biasa sahaja memang sedap, tapi kami semua nak ada sedikit kuah atau basah-basah dalam juadah kami. Baru sedap nak gaul dengan nasi panas. Lagipun goreng-goreng tak boleh makan selalu, tak berapa berkhasiat.

Sebab tu akak pilih resepi ayam masak kicap ni. Penyediaan dia sangat simple, dan hasilnya juga sesuai dengan selera tekak semua orang dalam rumah ini. Sebab kita pakai isi ayam yang dah sedia dibeli sahaja, ia senang masak tanpa perlu mengambil masa yang lama.

Kalau korang nak try, mari lihat cara-cara nak buat resepi ini sekarang.

Bahan-Bahan

  • 500g isi ayam
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 2 batang kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 1 bawang besar
  • 3 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 tangkai serai
  • 2.5 sudu besar sos tiram MAGGI®
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 biji cili merah
  • 100g daun bawang
  • 2 biji bawang besar

Cara-Cara

Mula-mula panaskan minyak di dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, halia, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
Apabila aroma tumisan dah mula naik semerbak, barulah masukkan potongan ayam dan dikacau sekata.
Kemudian masukkan Sos Tiram MAGGI®, kicap pekat, kicap cair dan gula serta kacau sampai semuanya bergaul rata dan ayam sudah betul-betul masak.
Akhir sekali masukkan cili merah, daun bawang dan bawang merah yang dipotong dadu sebelum dikacau sekali lagi.
Hidang panas-panas dan dimakan bersama nasi putih.

Hasil

Memang tak tipu, resepi ayam masak kicap ni memang sempoi dan senang sangat. Rasa masin manis lauk ini semuanya cukup sebab rempah ratus tadi memang dah ditumis dengan baik. Bahan-bahan perasa seperti Sos Tiram MAGGI® pulak memang buat hidangan mudah ini jadi next level.

Bila ada hari yang sibuk lagi, akak gerenti nak buat resepi ayam masak kicap ini lagi. Kalau korang tak berminat dengan resepi ayam masak kicap tapi nak cari idea masakan lain yang menarik, layari sahaja https://www.maggi.my/ms/resipi sekarang.